Spesifikasi utama Proton Compact Car (PCC) didedahkan!

Agak menarik untuk melihat pertembungan di antara dua buah model kompak serba baharu yang bakal dilancarkan oleh dua pengeluar kereta nasional, Proton dan Perodua. Jika Proton akan melancarkan model yang dikenali dengan nama Proton Global Compact Car (GSC), Perodua pula sedang bersiap-sedia untuk melancarkan model Perodua Axia.

Proton Compact Car

Untuk menghangatkan lagi suasana, kali ini penulis akan menerangkan beberapa maklumat terkini mengenai model kompak serba baharu yang akan dilancarkan oleh Proton. Setakat ini berdasarkan beberapa maklumat yang boleh dipercayai, nama Proton Global Small Car (GSC) telah ditukar kepada nama pengenalan baru iaitu Proton Compact Car (PCC), bersesuaian dengan karakter dan saiznya yang kompak.

Antara spesifikasi menarik yang bakal melengkapi PCC ialah ianya didatangkan dengan enjin yang cekap dan ekonomi, serta rendah pengeluaran emisi CO2. Penjana kuasa PCC akan dilengkapi komponen sistem baru yang dikenali dengan nama singkatan EPS, Smart Alternator, VVT dan Maniverter. Berkenaan VVT, sudah pasti enjin PCC menggunakan sistem VVT yang terbukti cekap dan menjimatkan petrol, dengan sistem Bosch EMS, di samping transmisi manual 5-kelajuan (MT+) dan transmisi CVT2+.

Menjadi ‘trademark’ Proton, PCC juga mempunyai sistem pengendalian yang mantap demi keseronokan pemanduan pada tahap maksimum. Lebih dari itu, PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal, antaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.

Setakat ini apa yang penulis mampu katakan, ciri-ciri dan spesifikasi yang ditawarkan oleh PCC sangat menarik, seolah-olah ianya adalah sebuah model kompak premium yang bakal mampu mengggugat kehadiran Honda Jazz 2014 dan Perodua Myvi 1.5 (SE & Extreme). PCC mungkin bukan saingan Perodua Axia, kerana PCC berada di dalam segmen B, manakala Axia berada di dalam segmen A.

Namun, untuk menjadikan PCC sebagai sebuah kereta kompak terlaris, Proton harus bijak dalam menetapkan tanda harga untuk model berkenaan. Dengan ciri-ciri premiumnya yang canggih, harga PCC mungkin sedikit tinggi berbanding model-model lain keluaran Perodua, namun perlu lebih rendah berbanding harga kenderaan berjenama dari luar, contohnya lebih rendah berbanding model Honda Jazz 2014.

Jika cukup segala ramuannya, penulis percaya PCC akan mengembalikan zaman kegemilangan Proton seperti tahun-tahun sebelum tahun 2005 dahulu. Proton sudah tentu meneliti pasaran dua model terbaharunya Preve dan Suprima S yang kelihatan agak sukar bersaing dengan model-model lain, sebelum menentukan harga sebenar untuk PCC.

Your question

Apakah nama model terkini yang akan dilancarkan oleh Proton?

Nama model terkini adalah Proton Compact Car (PCC), sebelumnya dikenali sebagai Proton Global Small Car (GSC).

Apa sahaja spesifikasi enjin yang dimiliki oleh Proton Compact Car?

Proton Compact Car (PCC) dilengkapi dengan enjin cekap, ekonomi, dan rendah emisi CO2. Ia juga menggunakan sistem VVT, Smart Alternator, EPS, dan Maniverter.

Apakah ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Proton Compact Car?

Proton Compact Car (PCC) dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA, dan HHA.

Bagaimana sistem pengendalian Proton Compact Car membezakannya dari model lain?

Proton Compact Car (PCC) mempunyai sistem pengendalian yang mantap, memberikan keseronokan pemanduan pada tahap maksimum.

Bagaimana Proton Compact Car membandingkan dirinya dengan model lain seperti Honda Jazz 2014 dan Perodua Myvi 1.5?

Dengan ciri-ciri premiumnya, Proton Compact Car (PCC) dijangka mampu bersaing dengan model seperti Honda Jazz 2014 dan Perodua Myvi 1.5 (SE & Extreme).

Berada di dalam segmen mana Proton Compact Car jika dibandingkan dengan Perodua Axia?

Proton Compact Car (PCC) berada di dalam segmen B, sementara Perodua Axia berada di dalam segmen A.

Apakah harapan penulis terhadap kejayaan Proton Compact Car di pasaran?

Penulis percaya bahawa dengan segala ciri-ciri dan spesifikasi yang ditawarkan, Proton Compact Car (PCC) berpotensi untuk mengembalikan kegemilangan Proton dan mencapai kejayaan seperti tahun-tahun sebelum tahun 2005.

Back to top button