Pinjaman sewa beli kereta akan diperketatkan? Maksimum 7 tahun dengan bayaran muka 20 peratus?

Maklumat terkini dari blog sahabat Funtasticko.net menyebut bahawa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bakal mengetatkan syarat-syarat pinjaman kewangan untuk sewa beli kenderaan bermula bulan September 2013.

Pinjaman sewa beli kereta akan diperketatkan? Maksimum 7 tahun dengan bayaran muka 20 peratus?

Jika maklumat tersebut benar, maka setiap pembeli kereta baharu hanya boleh membuat pinjaman maksimum 7 tahun sahaja berbanding 9 tahun sekarang, dengan bayaran muka pula meningkat sehingga 20 peratus berbanding hanya 10 peratus ketika ini.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh BNM bagi mengetatkan syarat-syarat sewa beli kenderaan baharu selepas ini ialah bagi mengurangkan beban hutang isi rumah rakyat Malaysia yang kini begitu tinggi, kebanyakannya disumbangkan oleh hutang membeli kereta.

Ada pro dan kontranya dengan syarat-syarat pinjaman sewa beli kenderaan yang diperketatkan itu. Salah satunya ialah bilangan pembeli yang mampu membeli kereta baharu akan turun dengan mendadak, seterusnya akan menjejaskan sektor automotif negara.

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan mahupun BNM sendiri mengenai perkara tersebut, namun dipercayai kebanyakan rakyat Malaysia pastinya tidak akan bersetuju dengan keputusan yang bakal dilakukan itu.

Sebelum ini BNM turut mengetatkan syarat-syarat pinjaman peribadi daripada 20 tahun tempoh pinjaman kepada hanya 10 tahun sahaja. Ternyata keputusan tersebut mendapat bantahan daripada ramai kakitangan awam dan CUEPACS sendiri.

p/s : Kalau benarlah berita ini, ramai rakyat Malaysia akan kempunan untuk memiliki kereta baharu. Setakat kereta terpakai tu rasanya bolehlah, itu pun kalau harganya tidak meningkat tinggi.

Back to top button